Cara pendakian Gunung_Korbu

Dari Ipoh menuju ke Tanjung Rambutan. Di situ ada perkampungan orang Asli suku Semai. Mendaki ikut Sungai Kinta. Jarak dari Tanjung Rambutan ke Gunung Korbu ialah 16 km. Mulakan dari berek pasukan polis dan Jabatan Bekalan Air Kinta.

  1. Medan Kidd, Ipoh - naik bas awam ke Tanjung Rambutan
  2. Balai Polis Tanjung Rambutan - daftar nama di sana (nama, alamat, KP, tujuan, bilangan, berapa lama di puncak. Bila balik daftar sudah berjaya sampai)
  3. Kem Briged Polis Hutan Ulu Kinta - naik van. Sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta.
  4. Loji air, pagar intake
  5. Beberapa perkampungan orang Asli
  6. Kem Agas
  7. Kem Seroja
  8. Bukit Botak
  9. Gunung Korbu Raya

Pendaki juga boleh mendaki Gunung Korbu melalui Pos Sg Termin.

  1. Terminal Bas Ekspress Medan Gopeng
  2. Ulu Kinta Waterfall
  3. Ulu Kinta Reservation
  4. Empangan Sultan Azlan Shah
  5. Pos Sg Termin
  6. Bukit Nanas (by pass) (Kg Orang Asli Sg Termin)
  7. Dataran Pacat (kawasan rehat)
  8. Kem 9-10 (ruang tapak khemah: 10 org)
  9. Termin Waterfall Camp / Kem Batu Besar (ruang tapak khemah: 10-15 org)
  10. Bukit Penat (by pass)
  11. Kem Seroja (ruang tapak khemah: 40 org)
  12. Kem TV3 (ruang tapak khemah: 10 org)
  13. Bukit Lagi Penat (by pass)
  14. Kem Kancil (ruang tapak khemah: 10-15 org) New
  15. Kem Kijang (ruang tapak khemah: 40 org)
  16. Last Water Point (LWP)
  17. Puncak Botak (ruang tapak khemah: 10 org)
  18. Puncak Chuban (ruang tapak khemah: 10 org)
  19. Puncak Korbu Raya
  20. Puncak Gunung Korbu (2,183 m) (ruang tapak khemah: 40 org)

Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, ekspedisi pendakian ini lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa V1. Ekspedisi tersebut mengambil masa selama 5 hingga ke 7 hari. Selain itu, pendaki juga boleh meneruskan perjalanan melalui rentis hutan ini untuk ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari untuk melengkapkan pendakian ke 6 daripada 7 buah gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa.

Daripada puncak ini kelihatan jelas pemandangan bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Bukit Keledang, Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Brinchang di Tanah Tinggi Cameron. Gunung Yong Yap juga jelas kelihatan.

Rentis asal kini juga telah berubah wajah. Pihak pemaju telah mewujudkan satu lagi trek di sebelah atas bukit untuk pendaki ke Gunung Korbu. Perjalanan melalui rentis balak ini amat menyiksakan terutamanya pada waktu tengahari di mana pendaki terdedah kepada terik matahari secara terus dan mampu membuatkan seseorang itu dehidrat akibat kekurangan air dalam badan.

Terdapat sebuah rentis lama ke gunung ini yang jarang dilalui oleh para pendaki. Perjalanan rentis ini akan membawa pendaki melalui Sungai Seno'oi (melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak, Kem Singapura, Kem View dan Kem Permatang serta Puncak Bonsai Tonggek. Pendaki sama sekali tidak akan melalui Kem Seroja, Kem Kijang dan Puncak Botak kerana rentis ini melalui permatang yang lain untuk ke puncak Gunung Korbu.

Adalah digalakkan oleh setiap kumpulan pendaki yang ingin memasuki rentis di sekitar Banjaran Titiwangsa ini untuk mendapatkan khidmat jurupandu arah yang berlesen/berdaftar terutamanya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Meskipun rentis-rentis ini tersedia ada buat sekian lamanya, namun terdapat banyak simpang-simpang yang dapat mengelirukan pendaki dan mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman. Kini terdapat banyak operator yang menyediakan khidmat jurupandu arah.

Rujukan

WikiPedia: Gunung_Korbu http://gunungonline.com http://www.kembarautp.com/myweb-kembara/tragedi_gu... http://gunungganangdimalaysia.wordpress.com/2010/0... http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoTransTitiwan... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/Rekreasi/20130713/... http://web.archive.org/20090902214642/www.geocitie... http://www.webcitation.org/query?id=12565995749690... https://books.google.com.my/books?id=XCwUDAAAQBAJ&... https://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/lel...